DUNIA HARI INI...

assalamualaikum sahabat-sahabatku.....

aku hanya sekadar hendak berkongsi apa yang aku fikirkan.Sepanjang pulang dari sekolah macam-macam yang ku liihat dan dengar membuatkan aku tertanya-tanya..

Pertamanya aku mendengar di Radio IKIM tengahari ni, dendangan lagu Asma Allah yang dinyanyikan oleh salah seorang artis famous di negara kita..sudah tiada lagi ker kumpulan2 nasyid kita yang mendendangkan lagu Asma Allah? bukan apa,ada sesetengah sebutan beliau yang aku rasa kurang jelas dan aku yang memang pengkhususan bahasa arab pun jadi confius mendengar sebutan nama Allah yang agak ringan dari segi makhrajnya. Aku harap diperbaikilah makhrajnya (cara sebutanya).

Aku berpendapat pihak IKIM pun perlulah timbang-timbangkan lagu apa yang nak di mainkan, dan apa tujuan lagu tersebut. kalu hanya nak pamirkan merdu lenggok suara, aku rasa itu bukanlah hadaf dalam dakwah IKIM..biarlah lagu yang di mainkan dapat mendidik jiwa nurani bukan hanya sekadar penyedap telinga..nanti kalu sahabat2 buka you tube. cubalah cari lagu Asma Allah yang di nyanyikan oleh Sami yusuf. inilah hiburan bagi jiwa.

wallahu a'lam....

BANTULAH...

Sudah menjadi rutinku tiap kali hendak memasuki sesebuah tempat,pasti aku mulakan dengan ucapan bismillah dan lafaz "Assalamualaikum". Hari ini pagi-pagi aku masuk pejabat sekolah untuk menandatangani rekod kehadiran...Tiba-tiba
cikgu A ( non-muslim): " Selamat pagi ustazah"
Aku : Selamat Pagi Cikgu.Sihat ke?
Cikgu A: Saya sihat.Ustazah,kenapa dengan I, you tak bagi salam Assalamualaikum?(sambil dia menepuk bahuku)
Aku terkedu dengan soalannya dan aku hanya mampu tersenyum sambil memikirkan jawapan yang berhikmah.

Rakan-rakan, andai mempunyai jawapan bagitahu lah yer....

Wallhu a'lam...

Tingkatan 2,Akidah: Allah Maha Pemurah

Slaid ini boleh digunakan ketika sesi set induksi. Alhamdulillah saya telah menggunakannya ketika set induksi. Diikuti dengan beberapa soalan seperti

- Dengan adanya penciptaan seperti ini, menunjukkan kepada kita bahawa Allah Maha Pencipta. Dia menciptakan sesuatu untuk kegunaan makhluk keseluruhannya tanpa mengira agama, bangsa dan sesiapa.Bukan setakat Allah Maha pencipta, malah Dia Maha Pemurah.

-Pemurahnya Allah,semua makhluk mendapat manfaat hasil dari ciptaanya seperti tumbuh-tumbuhan, matahari dan sebagainya.

PANDANGLAH LIHATLAH TANDA KEMURAHAN ALLAH S.W.T

Tugasan RPH: Konsep Hadis

ini dia

KUIZ ANALITIKAL

FADILAH BINTI NORDIN @ YAUMIL
DPLI / UIAM
G0913732
KUIZ ANALITIKAL

1. Amar bermusafir dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sewaktu di awal perjalanan dia telah berniat jamak taqdim. Amar berhenti di satu perhentian dan menunaikan solat fardhu Maghrib seperti biasa. Kemudian Amar meneruskan perjalanan dan di ketika itu barulah dia teringat untuk menjamakkan solatnya tadi sebagaimana yang dia niatkan di awal perjalanan. Lantaran itu, dia berhenti di sebuah perhentian yang lain dan tunaikan solat isyak secara qasar. Apakah hukum bagi situasi Amar ini.

Jawapan : Hukum solat Maghrib Amar sah

Sebab : Amar terlupa untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak adalah tidak mengapa
kerana dia telah solat Maghrib secara sempurna. Manakala solat Isyak di tunaikan
secara Qasar ( memendekkan bilangan rakaat ) adalah sah kerana dia masih dalam
keadaan musafir.

2. Rosnah berusia lewat 40an bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur .Dia ingin kelihatan muda dan gebu.Lantaran itu dia membuat pembedahan plastik . Apakah hukum bagi tindakan Rosnah dan nyatakan sebab?

Jawapan : Hukumnya Haram

Sebab : Mengubah ciptaan Allah dengan niat yang tidak baik untuk kecantikan dan

menarik perhatian orang lain



3. Kamal telah menukar namanya kepada Kamaliah.Dia juga telah melakukan pembedahan untuk menukar jantina dan memakan pil hormon.Selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Frendi.Apakah hukum bagi tindakan Kamal dan nyatakan sebab?

Jawapan : Hukumnya haram

Sebab : Kamal telah menyalahi fitrah sebagai lelaki dengan menukar nama dan jantina.
Dalam masa yang sama memakan pil hormon kewanitaan dan berkahwin dengan
pasangan yang sejenis dengannya.


4. Mak Minah telah mengambil wuduk di rumah sebelum keluar ke surau berdekatan. Di depan pintu rumah, Mak Minah terpijak tahi cicak. Apakah hukum bagi wuduk Mak Minah tadi.

Jawapan : Hukum Wuduk Mak Minah tetap sah

Sebab : Tahi cicak tidak termasuk perkara- perkara yang membatalkan wuduk

RPH:Akidah Tingkatan 2

Rph DR.Azian yer...

SOALAN CEPU EMAS

SOALAN : TAJUK PENGAJARAN BERASASAKAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI

1) Di antara berikut yang manakah padanan komputer dan teknologi yang BENAR?

Komputer dan Teknologi Peralatan computer dan Teknologi
A. Audio Media video , filem
B. Multimedia Kits sounds, animation
C. Projected Visuals CD-ROM, filmstrip
D. Computer Based Instructions Yahoo messenger, Blog, Radio


2) Pernyataan berikut ialah peranan teknologi pendidikan KECUALI ….
A. Membantu meningkatkan kadar dan pencapaian pelajar
B. Membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
C. Membantu mengurangkan peranan guru di kelas
D. Membantu meningkatkan pengetahuan pelajar


3) SOLAT
Definisi solat : Mengabdikan diri kepada Allah
Hukum solat : Wajib
Hukum masalah berikut ketika solat :
1. Sendawa ketika solat …………….
2. Berdehem ketika solat …………….


Merujuk slaid di atas, yang manakah menerangkan ciri-ciri power point yang TEPAT ?
A. Emphasis dan Proximity
B. Alignment dan Proximity
C. Contrast dan Alignment
D. Repetition dan simplicity