KUIZ ANALITIKAL

FADILAH BINTI NORDIN @ YAUMIL
DPLI / UIAM
G0913732
KUIZ ANALITIKAL

1. Amar bermusafir dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sewaktu di awal perjalanan dia telah berniat jamak taqdim. Amar berhenti di satu perhentian dan menunaikan solat fardhu Maghrib seperti biasa. Kemudian Amar meneruskan perjalanan dan di ketika itu barulah dia teringat untuk menjamakkan solatnya tadi sebagaimana yang dia niatkan di awal perjalanan. Lantaran itu, dia berhenti di sebuah perhentian yang lain dan tunaikan solat isyak secara qasar. Apakah hukum bagi situasi Amar ini.

Jawapan : Hukum solat Maghrib Amar sah

Sebab : Amar terlupa untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak adalah tidak mengapa
kerana dia telah solat Maghrib secara sempurna. Manakala solat Isyak di tunaikan
secara Qasar ( memendekkan bilangan rakaat ) adalah sah kerana dia masih dalam
keadaan musafir.

2. Rosnah berusia lewat 40an bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur .Dia ingin kelihatan muda dan gebu.Lantaran itu dia membuat pembedahan plastik . Apakah hukum bagi tindakan Rosnah dan nyatakan sebab?

Jawapan : Hukumnya Haram

Sebab : Mengubah ciptaan Allah dengan niat yang tidak baik untuk kecantikan dan

menarik perhatian orang lain



3. Kamal telah menukar namanya kepada Kamaliah.Dia juga telah melakukan pembedahan untuk menukar jantina dan memakan pil hormon.Selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Frendi.Apakah hukum bagi tindakan Kamal dan nyatakan sebab?

Jawapan : Hukumnya haram

Sebab : Kamal telah menyalahi fitrah sebagai lelaki dengan menukar nama dan jantina.
Dalam masa yang sama memakan pil hormon kewanitaan dan berkahwin dengan
pasangan yang sejenis dengannya.


4. Mak Minah telah mengambil wuduk di rumah sebelum keluar ke surau berdekatan. Di depan pintu rumah, Mak Minah terpijak tahi cicak. Apakah hukum bagi wuduk Mak Minah tadi.

Jawapan : Hukum Wuduk Mak Minah tetap sah

Sebab : Tahi cicak tidak termasuk perkara- perkara yang membatalkan wuduk

0 Response to "KUIZ ANALITIKAL"

Post a Comment