Assalamualaikum teman-teman....
hari ini khutbah jumaat mengutarakan peranan masjid. Aku kira tajuk ini sejak dari aku sekolah lagi sampailah ke hari ini. Ada beberapa point dari khutbah itu yang membuatkan aku berfikir.
Pertamanya, isi kandungan khutbah ada menyebutkan hadis mafhumnya sesiapa yang membina masjid maka Allah menyediakan baginya syurga..yang Aku nak soalkan ialah masjid kristal yang memegang title " masjid" menjadi tugu kebanggaan sahaja tanpa pengimarahan sepenuhnya..
seterusnya isi kandungan khutbah meminta agar pengurusan masjid perlu lebih proaktif dalam merangka program bagi menarik lebih ramai remaja ke masjid.ada juga disebutkan peranan masjid pada zaman Rasulullah s.a.w..yang aku nak tanya, masjid mana yang benar2 berperanan seperti masjid di zaman Rasulullah? di zaman Rasulullah S.A.W masjid adalah segala2nya. itulah tempat rujukan ilmu, tempat mendapatkan khihdmat nasihat ( kaunseling ),pengurusan undang2 islam dan pendek kata segala2nya. tapi sekarang macam mana? baru bercerita tentang hukum syariah sikit dah katanya masjid Pas..tu yang aku pelik...asal islam, kata Pas...pelik2....
lagi 1 macaam mana nak tarik golongan remaja pi masjid??? sedangkan hari ini dan hari2 sblm ni aku melihat berapa ramai golongan dewasa yang tidak pergi ke masjid. hari ini, hari Jumaat. tatkala Imam membaca Al-Fatehah solat jumaat, aku melihat ramai gak golongan dewasa , ada pula yang tua dengan selamba masuk lif naik ke rumah.. macam mana tu?
kesimpulan aku senang jer...Iman x boleh di warisi..Kepimpinan melalui Tauladan..buat sahabat2 yang bakal bergelar ibu dan ayah, renungkan lah....kalau kita nak anak yang soleh, cukup soleh ke kita? kalau kita nak isteri solehah, soleh kah kita? kalau kita nak keluarga sakinah ( bahagia), apa tindakan kita? Bahagia bukan pada harta benda. harta dunia hanya wasilah untuk mencari kebahagiaan..
wallahu a'lam.....
assalamualaikum sahabat-sahabatku.....
aku hanya sekadar hendak berkongsi apa yang aku fikirkan.Sepanjang pulang dari sekolah macam-macam yang ku liihat dan dengar membuatkan aku tertanya-tanya..
Pertamanya aku mendengar di Radio IKIM tengahari ni, dendangan lagu Asma Allah yang dinyanyikan oleh salah seorang artis famous di negara kita..sudah tiada lagi ker kumpulan2 nasyid kita yang mendendangkan lagu Asma Allah? bukan apa,ada sesetengah sebutan beliau yang aku rasa kurang jelas dan aku yang memang pengkhususan bahasa arab pun jadi confius mendengar sebutan nama Allah yang agak ringan dari segi makhrajnya. Aku harap diperbaikilah makhrajnya (cara sebutanya).
Aku berpendapat pihak IKIM pun perlulah timbang-timbangkan lagu apa yang nak di mainkan, dan apa tujuan lagu tersebut. kalu hanya nak pamirkan merdu lenggok suara, aku rasa itu bukanlah hadaf dalam dakwah IKIM..biarlah lagu yang di mainkan dapat mendidik jiwa nurani bukan hanya sekadar penyedap telinga..nanti kalu sahabat2 buka you tube. cubalah cari lagu Asma Allah yang di nyanyikan oleh Sami yusuf. inilah hiburan bagi jiwa.
wallahu a'lam....
Posted in
LAGU DAKWAH
Sudah menjadi rutinku tiap kali hendak memasuki sesebuah tempat,pasti aku mulakan dengan ucapan bismillah dan lafaz "Assalamualaikum". Hari ini pagi-pagi aku masuk pejabat sekolah untuk menandatangani rekod kehadiran...Tiba-tiba
cikgu A ( non-muslim): " Selamat pagi ustazah"
Aku : Selamat Pagi Cikgu.Sihat ke?
Cikgu A: Saya sihat.Ustazah,kenapa dengan I, you tak bagi salam Assalamualaikum?(sambil dia menepuk bahuku)
Aku terkedu dengan soalannya dan aku hanya mampu tersenyum sambil memikirkan jawapan yang berhikmah.
Rakan-rakan, andai mempunyai jawapan bagitahu lah yer....
Wallhu a'lam...
Slaid ini boleh digunakan ketika sesi set induksi. Alhamdulillah saya telah menggunakannya ketika set induksi. Diikuti dengan beberapa soalan seperti
- Dengan adanya penciptaan seperti ini, menunjukkan kepada kita bahawa Allah Maha Pencipta. Dia menciptakan sesuatu untuk kegunaan makhluk keseluruhannya tanpa mengira agama, bangsa dan sesiapa.Bukan setakat Allah Maha pencipta, malah Dia Maha Pemurah.
-Pemurahnya Allah,semua makhluk mendapat manfaat hasil dari ciptaanya seperti tumbuh-tumbuhan, matahari dan sebagainya.
PANDANGLAH LIHATLAH TANDA KEMURAHAN ALLAH S.W.T
FADILAH BINTI NORDIN @ YAUMIL
DPLI / UIAM
G0913732
KUIZ ANALITIKAL
1. Amar bermusafir dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Sewaktu di awal perjalanan dia telah berniat jamak taqdim. Amar berhenti di satu perhentian dan menunaikan solat fardhu Maghrib seperti biasa. Kemudian Amar meneruskan perjalanan dan di ketika itu barulah dia teringat untuk menjamakkan solatnya tadi sebagaimana yang dia niatkan di awal perjalanan. Lantaran itu, dia berhenti di sebuah perhentian yang lain dan tunaikan solat isyak secara qasar. Apakah hukum bagi situasi Amar ini.
Jawapan : Hukum solat Maghrib Amar sah
Sebab : Amar terlupa untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak adalah tidak mengapa
kerana dia telah solat Maghrib secara sempurna. Manakala solat Isyak di tunaikan
secara Qasar ( memendekkan bilangan rakaat ) adalah sah kerana dia masih dalam
keadaan musafir.
2. Rosnah berusia lewat 40an bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur .Dia ingin kelihatan muda dan gebu.Lantaran itu dia membuat pembedahan plastik . Apakah hukum bagi tindakan Rosnah dan nyatakan sebab?
Jawapan : Hukumnya Haram
Sebab : Mengubah ciptaan Allah dengan niat yang tidak baik untuk kecantikan dan
menarik perhatian orang lain
3. Kamal telah menukar namanya kepada Kamaliah.Dia juga telah melakukan pembedahan untuk menukar jantina dan memakan pil hormon.Selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Frendi.Apakah hukum bagi tindakan Kamal dan nyatakan sebab?
Jawapan : Hukumnya haram
Sebab : Kamal telah menyalahi fitrah sebagai lelaki dengan menukar nama dan jantina.
Dalam masa yang sama memakan pil hormon kewanitaan dan berkahwin dengan
pasangan yang sejenis dengannya.
4. Mak Minah telah mengambil wuduk di rumah sebelum keluar ke surau berdekatan. Di depan pintu rumah, Mak Minah terpijak tahi cicak. Apakah hukum bagi wuduk Mak Minah tadi.
Jawapan : Hukum Wuduk Mak Minah tetap sah
Sebab : Tahi cicak tidak termasuk perkara- perkara yang membatalkan wuduk
Posted in
TUGASAN DR. TENGKU